Monday, March 24, 2014

Kuliah MPT1193 Week 7

Hari terakhir bersama Prof Zaidatun, sempat membina soal selidik online dan juga ruang forum. Menarik dan memang best... Akan datang nak eksplore lebih lagi dengan sambungan kursus semseter hadapan. Kalu ada Kursus Apps kan lagi best.. Tambah ilmu menggunakan apps yang sedang berkembang sekarang.

Monday, March 17, 2014

Kuliah MPT1193 Week 6

Pembelajaran hari ini bersama  Dr. Norasyikin. Membina laman web untuk log masuk admin, hapuskan data dari pangkalan data dan mengemaskini data tetapi belum khatam pelajari log masuk admin berperingkat menggunakan Adobe Dreamweaver. Kesungguhan berterusan dari pensyarah UTM yang berdedikasi.... Salute...

Monday, March 10, 2014

Kuliah MPT1193 Week 5

Pembelajaran berterusan bersama Prof Zaidatun. Pengajian PHP dan MySQL. Menarik pengajarannya dan banyak belajar tentang pembangunan Web menggunakan Adobe Dreamweaver.

Monday, March 3, 2014

Kuliah MPT1193 Week 4

Hari ini banyak aku belajar berkaitan dengan laman web dinamik. Membina laman web menggunakan Bahasa Skrip ASP dengan bantuan menggunakan Microsoft Access untuk memdinamikannya.

Monday, February 24, 2014

Kuliah MPT1193 Week 3

Bertemu kembali untuk minggu ketiga...

Minggu ini kami belajar bagaimana membina Halaman Web (Web Pages) menggunakan Adobe Dreamweaver CS3. 


Seronok dapat belajar menggunakan software melalui design view. Kengkawan bebudak master semua sporting. Macam semangat jee, macam best jee...

Dr Norasyikin ajar macam mana nak guna software nie, lama dah tinggal keje-keje software nie. Bila tiada yang mendorong, tiadalah hasilnya. Best jugak, kenelah belajar bersungguh-sungguh dan kreatif sikit. Gembira juga bertemu dengan salah seorang penulis buku Teknologi Maklumat terkenal tanah air, Prof Dr Zaidatun. Walaupun sibuk, masih sempat meluangkan waktu dengan kami..

Ade yang bergembira sebab dapat guna I-Pad pinjaman Fakulti... Takpe, aku ade android pinjaman isteri tersayang, sekurang-kurang ada walaupun tak setanding dengan teknologi MAC. Tak sabar nak belajar ASP dan PHP minggu depan.

Monday, February 17, 2014

Kuliah MPT1193 Week 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, Professor Dr Zaidatun Tasir menerangkan berkaitan dengan perbezaan antara Pengarangan Multimedia dan Pengaturacaraan Multimedia. Selain itu, beliau menerangkan perbezaan antara Aplikasi "Standalone" dan Aplikasi berasaskan Web.

Istilah-istilah pembangunan web seperti Laman Web, Tapak Web dan Portal Web diperkenalkan. Struktur Tapak Web Statik dan Tapak Web Dinamik juga diperjelaskan.

Teknologi Web Dinamik dengan bahasa skrip sebelah pelayan iaitu PHP dan ASP turut sama diperkenalkan secara ringkas.

Berikut adalah perbandingan antara Bahasa Pengaturcaraan Web ASP dan PHP:

  PHP ASP
Sistem Operasi Unix dan variannya (termasuk Linux, HP-UX, Solaris, FreeBSD), Windows, Mac OS, RISC OS, dan mungkin ada yang lain. Windows
Web Server
(Pelayan Web)
Apache, PWS, IIS, Netscape dan iPlanet servers, Oreilly Website Pro server, Caudium, Xitami, OmniHTTPd, dan mungkin ada yang lain. PWS, IIS
Lesen Open Source (GPL) Microsoft
Bahasa Script Mirip C++ atau JavaScript VBScript, JScript
Sambungan ke Pangkalan Data (Database) Dapat Dapat
Output Gambar Dapat Tidak Dapat
Objek Built-In Tidak Ada Ada
     
 
 

Monday, February 10, 2014

Kuliah MPT1193 Week 1



Salam Pengenalan. Hello World of Blo99... First Class on

Hari ini di makmal computer C14-227, Dr Norasyikin Mohd Zaid telah membentangkan secara ringkas pelan Kursus MPT 1193: Authoring System serta kaedah pembahagian markah kursus.
Kelas akan diteruskan di Makmal Komputer C14-420 (01) mulai minggu depan. Tak sabar-sabar untuk terus mengikuti kelas nie...

Layan...