Monday, May 12, 2014

Kuliah MPT1193 Week 14

Belajar Drag N Drop beserta respon. hehe


 Skrin Permulaan


 
Skrin lepas Drag n Drop

Monday, May 5, 2014

Kuliah MPT1193 Week 13

Belajar membuat interaksi Input Teks serta Soalan Objektif beserta respon dan Drag n Drop ringkas menggunakan Coding Flash : Action Script . Best jugak buat...


 Antaramuka permulaan



 Antaramuka jika salah input



 Antaramuka jika input betul



 Antaramuka permulaan


 Antaramuka jika input betul


 Antaramuka jika input salah

Monday, April 28, 2014

Kuliah MPT1193 Week 12

Belajar membuat stage... dan link menggunakan Coding Flash : Action Script. Itu macamkah buat .. best laaa. Baru la faham macam mana guna flash buat courseware...

Monday, April 21, 2014

Kuliah MPT1193 Week 11

Pembelajaran penggunaan Onion Skin untuk menyurih gambar yang ambil daripada internet. Dapat pinjam WACOM yahoo... Belajar melukis cara susah dulu, kemudian baru guna Intous Pen & Tablets


Wow, first time guna macam best jek...

Monday, April 14, 2014

Kuliah MPT1193 Week 10

Hari ini, Dr Noasyikin mengajar macam mana menyimpan grafik kepada simbol bagi tujuan penggunaan berulang-ulang kali disamping b oleh menghasilkan animasi yang tidak memakan ruang yang banyak. Pergerakan dalam satu garis lurus, mengikut guide, bergolek mengikut paksi dan sebagainya. Benda baru saya pelajari, sebelum ini susah hendak difahami. Latihan diberi untuk di snowballing.. Best, tak sia-sia daftar subjek ini. Tenang fikiran.

Monday, April 7, 2014

Kuliah MPT1193 Week 9 (Week 8 Cuti)

Alhamdullilah, Hari nie aku dapat belajar berkenaan dengan Flash. Sebelum ini, Flash yang di ajar cara untuk membina animasi dan asas pembinaan. Terimaa Kasih, Dr Norasyikin atas perkongsian ilmu. Sangat berguna untuk bahan pengajaran.. Insyallah, moga dapat diteruskan usaha murni dan bantuan kalian...

Monday, March 24, 2014

Kuliah MPT1193 Week 7

Hari terakhir bersama Prof Zaidatun, sempat membina soal selidik online dan juga ruang forum. Menarik dan memang best... Akan datang nak eksplore lebih lagi dengan sambungan kursus semseter hadapan. Kalu ada Kursus Apps kan lagi best.. Tambah ilmu menggunakan apps yang sedang berkembang sekarang.

Monday, March 17, 2014

Kuliah MPT1193 Week 6

Pembelajaran hari ini bersama  Dr. Norasyikin. Membina laman web untuk log masuk admin, hapuskan data dari pangkalan data dan mengemaskini data tetapi belum khatam pelajari log masuk admin berperingkat menggunakan Adobe Dreamweaver. Kesungguhan berterusan dari pensyarah UTM yang berdedikasi.... Salute...

Monday, March 10, 2014

Kuliah MPT1193 Week 5

Pembelajaran berterusan bersama Prof Zaidatun. Pengajian PHP dan MySQL. Menarik pengajarannya dan banyak belajar tentang pembangunan Web menggunakan Adobe Dreamweaver.

Monday, March 3, 2014

Kuliah MPT1193 Week 4

Hari ini banyak aku belajar berkaitan dengan laman web dinamik. Membina laman web menggunakan Bahasa Skrip ASP dengan bantuan menggunakan Microsoft Access untuk memdinamikannya.

Monday, February 24, 2014

Kuliah MPT1193 Week 3

Bertemu kembali untuk minggu ketiga...

Minggu ini kami belajar bagaimana membina Halaman Web (Web Pages) menggunakan Adobe Dreamweaver CS3. 


Seronok dapat belajar menggunakan software melalui design view. Kengkawan bebudak master semua sporting. Macam semangat jee, macam best jee...

Dr Norasyikin ajar macam mana nak guna software nie, lama dah tinggal keje-keje software nie. Bila tiada yang mendorong, tiadalah hasilnya. Best jugak, kenelah belajar bersungguh-sungguh dan kreatif sikit. Gembira juga bertemu dengan salah seorang penulis buku Teknologi Maklumat terkenal tanah air, Prof Dr Zaidatun. Walaupun sibuk, masih sempat meluangkan waktu dengan kami..

Ade yang bergembira sebab dapat guna I-Pad pinjaman Fakulti... Takpe, aku ade android pinjaman isteri tersayang, sekurang-kurang ada walaupun tak setanding dengan teknologi MAC. Tak sabar nak belajar ASP dan PHP minggu depan.

Monday, February 17, 2014

Kuliah MPT1193 Week 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, Professor Dr Zaidatun Tasir menerangkan berkaitan dengan perbezaan antara Pengarangan Multimedia dan Pengaturacaraan Multimedia. Selain itu, beliau menerangkan perbezaan antara Aplikasi "Standalone" dan Aplikasi berasaskan Web.

Istilah-istilah pembangunan web seperti Laman Web, Tapak Web dan Portal Web diperkenalkan. Struktur Tapak Web Statik dan Tapak Web Dinamik juga diperjelaskan.

Teknologi Web Dinamik dengan bahasa skrip sebelah pelayan iaitu PHP dan ASP turut sama diperkenalkan secara ringkas.

Berikut adalah perbandingan antara Bahasa Pengaturcaraan Web ASP dan PHP:

  PHP ASP
Sistem Operasi Unix dan variannya (termasuk Linux, HP-UX, Solaris, FreeBSD), Windows, Mac OS, RISC OS, dan mungkin ada yang lain. Windows
Web Server
(Pelayan Web)
Apache, PWS, IIS, Netscape dan iPlanet servers, Oreilly Website Pro server, Caudium, Xitami, OmniHTTPd, dan mungkin ada yang lain. PWS, IIS
Lesen Open Source (GPL) Microsoft
Bahasa Script Mirip C++ atau JavaScript VBScript, JScript
Sambungan ke Pangkalan Data (Database) Dapat Dapat
Output Gambar Dapat Tidak Dapat
Objek Built-In Tidak Ada Ada
     
 
 

Monday, February 10, 2014

Kuliah MPT1193 Week 1



Salam Pengenalan. Hello World of Blo99... First Class on

Hari ini di makmal computer C14-227, Dr Norasyikin Mohd Zaid telah membentangkan secara ringkas pelan Kursus MPT 1193: Authoring System serta kaedah pembahagian markah kursus.
Kelas akan diteruskan di Makmal Komputer C14-420 (01) mulai minggu depan. Tak sabar-sabar untuk terus mengikuti kelas nie...

Layan...